
PUKUL: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang penyokong Barisan Nasional sebelum memukul jurugambar NSTP (memakai jaket) yang tersungkur selepas ditolak jatuh ketika mengambil gambar dari atas kenderaan pacuan empat roda pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, pagi tadi.
BUKIT MERTAJAM: Jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Sairen Nafis, 26, cedera dipukul sekumpulan 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada penamaan calon pilihan raya kecl Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku ketika Sairen merakamkan gambar petugas Barisan Nasional (BN) yang di dalam kenderaan pacuan empat roda apabila tiba-tiba diserang kumpulan lelaki berkenaan.
Beliau yang cedera di tangan dan badan turut kehilangan kamera dipercayai dilarikan kumpulan lelaki terbabit.
Zoomer : Apa la malangnya bertugas sebagai jurugambar ni kan? Tak sudah-sudah kena belasah dek penyokong parti politik. Dah la terjatuh, ditimpa tangga pula lagi tu. Alasan yang bakal keluar nanti, biasala… itu bukan penyokong kami.





Komen terbaru