Zoomer adalah seorang Jurugambar Perkahwinan sepenuh masa sejak tahun 2004. Pernah bekerja makan gaji di beberapa syarikat kewangan, yang terakhirnya Mayban Finance sebelum meletak jawatan dan bergiat aktif dalam bidang fotografi. Pernah melanjutkan pelajaran di University of Toledo, Ohio selama 5 tahun. Pulang ke tanahair pada penghujung tahun 80an semasa negara sedang dilanda gawat. Pada awalnya bidang ini bermula sebagai hobi, seterusnya mengambil inisiatif mengambil kursus Asas Fotografi selama 5 hari di Ridzwan Photo yang terletak di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pak Wan dan anaknya, Ikhlas. Selepas itu segalanya hanya tinggal sejarah. Kini kamera dan PC adalah dunia saya. Ini adalah blog di mana saya akan mencurahkan sedikit pengetahuan mahupun pengalaman sebagai panduan diri mahupun mereka yang sudi berkongsi.





hai…sy tertarik dengan blog nie..lg2 tentang Soraya Yusof Talismail..saya masih lg blajar di shah alam , tingkatan 5 . kebetulan , sy kene menyiapkan folio mengenai kerjaya pilihan…dan kerjaya pilihan saya ialah sebagai jurugambar…
maklumat mengenai latar blakang tokoh( Soraya Yusof Talismail )amat sy perlukan…sy harap zoomer dpt , membantu saya..
skian..