Tentang Hasnuddin Abu Samah of Adan.Biz

5 08 2008

Sumber : http://www.fototeacher.com/

Hasnuddin mula bergiat dalam fotografi sejak dari usia 10 tahun lagi. Selepas mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi di UiTM pada tahun 1993, beliau terus berguru dari beberapa orang jurugambar profesional dari berbagai bidang fotografi. Pengalaman bekerja di syarikat penerbitan dan stesen TV telah menjadikan beliau lebih versatile dalam bidang ini.

Di kalangan rakan-rakan jurugambar, Hasnuddin dikenali sebagai seorang yang amat memahami teori asas fotografi dan berkebolehan memberikan kefahaman yang jelas terhadap perkara teknikal yang mengelirukan.

Pada tahun 2002, beliau menubuhkan Adan Impresif, sebuah syarikat yang memberikan khidmat eksklusif fotografi dan videografi khusus untuk majlis perkahwinan. Adan Impresif merupakan salah sebuah syarikat perintis di Malaysia dalam bidang fotografi perkahwinan dan menjadi antara pencetus perkembangan industri foto kahwin di Malaysia.

Hasnuddin juga merupakan antara jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan ramai tokoh-tokoh koprat yang menginginkan kualiti gambar yang terbaik. Malah, beliau juga pernah memberikan khidmat fotografi di luar negara kepada pelanggan antarabangsa.

Hasil karya beliau juga pernah tersiar dalam berbagai media di dalam dan luar negara seperti City Wedding Tokyo, Bridal Gallery, Bridal Guide, Malaysia Tatler, The Sun, Kosmo!, Berita Harian, Harian Metro, Pesona Pengantin, Majalah Perempuan, Diva, Harmoni dan lain-lain lagi.

Selain dari karya fotografi, karya penulisan Hasnuddin juga pernah disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin, Kosmo! dan majalah Perempuan.

Hasnuddin telah berpengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai profesional dalam bidang fotografi.

Untuk melihat hasil kerja Hasnuddin, sila klik link di bawah http://www.adan.biz/hasnuddinsportfolio/


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: