PKR siasat insiden pukul jurufoto

6 08 2008
Jurugambar akhbar jadi mangsa keganasan

Jurugambar akhbar jadi mangsa keganasan

PKR sedang menyiasat insiden kekasaran terhadap seorang jurugambar wanita, dilaporkan dilakukan oleh penyokong parti itu, selepas majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

“Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan,” satu kenyataan pejabat Anwar hari ini dipetik.

“PKR sentiasa memandang tinggi dan menghargai usaha pihak media untuk melaporkan sebarang program anjuran kami.

“Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.”

Loh Hoay Hoon, jurugambar harian Guang Ming Daily dilaporkan diserang oleh sekumpulan lelaki selepas ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang hujung minggu lalu bagi mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Beliau didakwa dicekik, dipukul di bahagian kepala dan ditendang.

Sementara itu, Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) bercadang memulaukan semua program PKR sebagai membantah tindakan petugas parti itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini bersama foto di atas (yang dirakam jurugambar The Sun), satu-satunya persatuan wartawan foto di negara ini berkata insiden terbaru itu menunjukkan PKR gagal mengawal petugas-petugasnya walaupun aduan kekasaran terhadap pekerja media pernah dibuat sebelum ini.

MCPA pernah mengadu secara rasmi kepada parti itu sewaktu petugas angkata muda PKR menghalang tugas media sewaktu kekecohan dalam konsert sebuah kumpulan punk rock sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di stadium Kelana Jaya awal bulan lepas.

Dalam laporan polis Loh (foto kiri), beliau mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang mengekorinya di satu kawasan letak kenderaan selepas ceramah tersebut.

“Selepas MCPA dimaklumkan tentang kejadian tersebut, satu aduan telah dibuat kepada biro penerangan PKR tetapi, setakat ini, tiada jawapan,” kata MCPA dalam kenyataannya itu.

Persatuan itu juga menyeru polis agar sentiasa mengawasi pada masa akan datang dan segera menahan suspek yang terlibat dalam kejadian seumpama itu.

————————

Berita terkini, Angkatan muda PKR Pulau Pinang menafikan unit keselamatannya terlibat dalam insiden serangan terhadap seorang jurufoto wanita akhbar berbahasa Cina seperti dilaporkan semalam.

“AMK Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa pemuda yang mencekik leher wartawan terbabit bukan daripada Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

“Berdasarkan gambar yang tersiar di dalam web akhbar terbabit, pihak AMK dapati pemuda terbabit tidak memakai pakaian rasmi AMK negeri atau petugas AMK negeri,” kata pengerusi unit keselamatan pergerakan itu Aidi Rafizul Idrus.

“Unit keselamatan AMK Pulau Pinang yang berada di sekitar kawasan terbabit turut cuba meleraikan kekecohan yang berlaku.”

Zoomer : Aik! Baling batu sembunyi tangan nampak. Kali ni siapa pula yang nak disalahkan? SB, ejen BN atau siapa?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: