Tips – Fotografi Makanan (Food Photography)

7 08 2008

Mengambil gambar makanan adalah antara tugasan yang nampak mudah tapi sebenarnya agak mencabar daya ketahanan saya. Percaya atau tidak saya pernah mengambil tempoh 10 jam hanya untuk mengambil gambar 25 jenis makanan.

Ada beberapa faktor yang jadi penyumbang mengapa tempoh sebegitu lama diperlukan. Antaranya, klien saya mahukan makanan yang kelihatan segar dan masih panas dan berasap. Bermakna saya terpaksa menunggu setiap makanan dimasak oleh chef mereka sebelum saya boleh memulakan penggambaran.

Saya juga perlu menggunakan set lighting yang lengkap untuk menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Hiasan di sekeliling makanan juga perlu sesuai dengan makanan yang hendak difotokan di samping warna yang sesuai dan menyerlah. Penggambaran juga mesti dibuat dari banyak sudut yang berbeza demi memberikan pilihan yang banyak untuk klien untuk disesuaikan dengan keperluan mereka.

Lensa fixed 50 mm ( f1.8 ) saya rasa adalah lensa yang terbaik untuk digunakan dalam penggambaran fotografi makanan. Warna yang diberikan, ketajaman yang mengagumkan, kecantikan yang mengasyikkan, di samping bokeh yang membuai rasa, semua itu memberikan kepuasan dalam menghasilkan karya yang bermutu.

Melihat hasilkerja saya terpampang pada lightbox-lightbox yang terdapat di banyak restoran-restoran mamak dan Burma di sekitar KL, Cafe di Shah Alam, Restoran India di Bangsar, memberikan kepuasan yang tidak ternilai yang tidak mampu diluah oleh perkataan. Bukankah kepuasan sebegini yang kerap kita cari dalam memenuhi sebahagian keperluan hidup ini?


Tindakan

Information

One response

4 01 2011
2010 in review « Segalanya Tentang Dunia Fotografiku

[…] Tips – Fotografi Makanan (Food Photography) August 2008 […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: