PKR jamin keselamatan media

12 08 2008

Sumber : MalaysiaKini

PKR memberi jaminan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media tidak akan berulang semasa liputan pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Malah, menurut laporan Bernama, parti itu akan menyediakan pelbagai kemudahan kepada media untuk memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lancar, kata Setiausaha PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim.

“Kita mahukan liputan yang terbaik dan kita telah pelajari daripada kesilapan lampau.

“Kita memberi jaminan insiden mengasari petugas media tidak akan berlaku lagi,” katanya pada taklimat khas kepada media di Bukit Mentajam hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon, dikasari sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya dekat Bukit Mertajam.

Abdul Malik berkata semua media akan dilayan dengan adil dan PKR akan membuka sebuah pusat media di bangunan Yayasan Aman di Kubang Semang di Bukit Mertajam untuk menyalurkan maklumat secara setempat.

Zoomer : Dah terhantuk baru nak terngadah…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: