CIJ: Siasat semua serangan kepada petugas media

22 08 2008

Sumber : Malaysiakini.com

Polis diseru menyiasat dengan adil dan segera kes-kes serangan terhadap wartawan dan jurugambar yang semakin menjadi-jadi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Dalam suratnya kepada ketua polis negara, Pusat Kewartawan Independen (CIJ) juga memohon maklumat perkembangan terkini siasatan polis terhadap beberapa laporan kes serangan tersebut sejak April tahun lepas.

Pengarah eksekutif CIJ Gayathry Venkiteswaran bagaimanapun memuji tindakan segera polis menyiasat serangan terbaru terhadap dua jurufoto pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh, 16 Ogos lalu.

Tiga orang termasuk ketua bahagian PKR ditahan polis setakat ini berhubung kes itu. Polis menyiarkan foto lebih 30 orang yang berada di luar tempat penamaan calon, di luar sebuah maktab perguruan di Permatang Pauh, pada saat kejadian.

Dalam suratnya kepada Tan Sri Musa Hassan, CIJ turut menyenaraikan beberapa lagi kes serangan untuk perhatian pihak berkuasa berkenaan.

“Sebagai anggota masyarakat sivil, kami di CIJ prihatin dengan siasatan tanpa berpenghujung kes-kes siasatan serangan terhadap jurugambar dan wartawan sejak 2007,” kata Gayathry.

“Kami ingin mendapatkan maklumat tentang perkembangan siasatan-siasatan kes-kes terdahulu, di mana mangsa-mangsa pernah membuat aduan polis.”

Kes-kes yang dilampirkan dalam surat berkenaan, termasuklah:

11 Jun 2008 – Chen Shi Chuan, pemberita Sin Chew Daily di Sitiawan, Perak, diserang oleh hampir 30 orang sewaktu membuat liputan satu kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian.

27 Mei – wartawan laman web Merdekareview.com Chow Z Lam dan jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz diserang oleh sekumpulan 20 hingga 30 orang dengan kayu, parang dan topi keledar sewaktu membuat liputan konflik penduduk Bandar Mahkota Cheras dengan syarikat konsensi lebuh raya.

22 November 2007 – 15 wartawan di Kedah membuat aduan terhadap seorang pegawai polis ASP yang didakwa mengeluarkan  perkataan kesat, menghalang mereka membuat liputan satu kes bunuh dan menggunakan anjing untuk menghalau mereka.

16 November – seorang anggota Umno menumbuk seorang jurufoto Koh Chun Seng yang sedang membuat liputan wakil rakyat DAP Tan Kok Wai di Kuala Lumpur

13 November – Wartawan akhbar Tamil Malaysian Nanban, M Nagarajan  menerima ugutan bunuh selepas menulis secara kritikal nasib sekolah-sekolah Tamil.

2 November – Rakan sekerjanya R Raman, seorang jurugambar menjadi sasaran serangan di Johor, dipercayai ada kaitan dengan tulisan Nagarajan. Mangsa koma selama sebulan di hospital.

3 April – Seorang lagi wartawan akhbar itu R Malini dilontarkan perkataan-perkataan tidak senonoh oleh ahli-ahli MIC. Jurugambar sebuah lagi akhbar Makkal Osai, P Malayandi pula didakwa ditolak dan ditumbuk oleh seorang pemimpin MIC sewaktu liputan hari pencalonan pilihanraya kecil Machap di Melaka.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: