Tips : Fotografi Konsert

24 08 2008

Melakukan tugasan fotografi konsert memang amat menyeronokkan, terutamanya kita akan mendapat tempat duduk yang terbaik dan berpeluang merakamkan setiap pergerakan. Namun jika kita melakukannya dengan cara dan peralatan yang salah, segalanya akan menjadi malapetaka.

Tidak dapat dinafikan fotografi konsert adalah tugasan yang agak mencabar untuk dilaksanakan. Suasana yang gelap, cahaya di pentas sentiasa berubah-ubah, dan pemain muzik bergerak pantas tanpa berhenti-henti.

Bawa peralatan yang sesuai

Lens yang sesuai untuk kebanyakan fotografer konsert ialah lens 70-200mm f/2.8, sebaiknya dengan ‘image stabilization’. Lens sebegini agak pantas dan memberikan jarak telephoto yang amat berguna, namun kebiasaannya harga lens sebegitu agak mahal. Lens sebegini seeloknya dipadankan dengan kamera yang memiliki kekuatan preastasi untuk cahaya rendah dan mempunyai kadar frame yang pantas.

Maksimumkan kamera anda

Fotografi konsert memerlukan setting kamera anda digunakan hingga ke tahap maksimum. Disebabkan persekitaran pentas adalah amat malap dan kekurangan cahaya, kamera anda perlu disetkan untuk menerima cahaya sebanyak yang mungkin. Ini bermakna – ISO yang tinggi dan aperture yang seluasnya. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan aperture lebih kecil dari f/5.6 untuk sebarang bentuk fotografi konsert, dan adalah lebih baik jika anda dapat menggunakan aperture yang lebih luas lagi. Menggunakan ISO dibawah 800 juga akan memberikan anda masalah, dan selalunya hasil anda akan lebih cantik jika menggunakan ISO 1600 atau ISO 3200.

Namun setting sebegini juga ada kekurangannya. Depth of Field menjadi sangat sempit. Tahap ‘noise’ juga manjadi agak tinggi, terutamanya kerana gambar-gambar konsert menghasilkan banyak kawasan-kawasan gelap. Namun kelemahan begitu kadangkala terpaksa kita halalkan, kerana fleksibiliti dan kepantasan adalah kunci kepada fotografi konsert.

Satu lagi setting yang penting ialah ‘burst rate’ kamera anda. Berapa frame per saat yang kamera anda mampu lakukan. Dengan lain perkataan, lebih banyak lebih bagus. Cahaya spotlight akan bersilih ganti di sepanjang persembahan, membuatkan anda terpaksa mengubah shot-shot anda sepantasnya. Dapatkan juga memori kad berkapasiti tinggi. Dan pastikan juga jari anda sentiasa berada di butang shutter. Lebih banyak adalah lebih bagus.

Set kamera anda pada Spot Meter

Spot metering memberitahu kamera anda untuk mengambil bacaan dedahan (exposure) dari bahagian yang sangat kecil di frame anda. Disebabkan keadaan cahaya yang selalu tidak serata di seluruh pentas, ini adalah setting yang amat penting. Gunakan spot metering dan ambil bacaan tepat pada muka penyanyi untuk mendapat dedahan yang paling konsisten.

Akan bersambung…


Tindakan

Information

Tinggalkan komen