Happy 2nd Bithday Nisrina Azureen

1 09 2008

Azureen telah berusia genap 2 tahun pada 16 Ogos yang lalu. Saya dan isteri menempuhi hidup dalam tempoh 2 tahun ini dengan penuh keceriaan, kegembiraan, keterujaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Melihat Azureen mengejar kedewasaan dalam tahap waktu yang kadangkala dirasakan teramat pantas, memang kepuasan yang dinikmati tatkala mengiringi setiap langkah kecilnya seolah tiada titik kepuasan. Namun senyumnya, keletahnya, bicaranya yang pelat tapi lancar, tawanya yang mengikik walau tak kelakar, segalanya adalah rindu yang tak pernah padam, yang tak pernah pudar biar sedetik dalam kotak ingatan. Semoga 2 tahun yang bermakna ini akan juga akan memberi seribu pengertian buat azureen, jika tidak sekarang pastinya di masa yang mendatang.

Nisrina Azureen

Nisrina Azureen

Selamat hari lahir sayang. Semoga kita akan terus bahagia begini sepanjang hayat dikandung badan. Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan Azureen pada kami.

Azureen’s Fotopages can ve viewed at http:/azureen06.fotopages.com


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: