Pencetak untuk format kapasiti tinggi

12 11 2008
model iPF820 mempunyai ciri-ciri membolehkan kerja-kerja mencetak kain rentang dan bunting.

model iPF820 mempunyai ciri-ciri membolehkan kerja-kerja mencetak kain rentang dan bunting.

PENERAJU kelengkapan fotografi dan penyelesaian imej digital, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan dua model pencetak berformat tinggi iaitu Canon imagePROGRAF iPF820 dan iPF810.

Model iPF820 direka khusus untuk aktiviti Rekaan Bantuan Komputer (CAD) dan Sistem Informasi Geografi (GIS) manakala iPF810 mampu melaksanakan tugas berskala besar seperti pencetakan poster dan bahan pencetak berkapasiti tinggi.

Kedua-dua model tersebut dilengkapi dengan kepala pemacu berkelajuan tinggi selain menawarkan fungsi seperti pemotongan kertas serta pencetakan pada kertas bersaiz A1 hanya mengambil masa lebih kurang 25 saat.

Menerusi penggunaan masa yang singkat itu, pencetak-pencetak tersebut juga didatangkan dengan aplikasi pengurusan kertas yang efisien agar proses pencetakan dapat berjalan pada kadar yang telah ditetapkan.

Ia turut menawarkan sistem tangki dakwat bersaiz 700 mililiter (ml) dan 330 ml yang boleh digantikan ketika proses mencetak mengikut keperluan pengguna.

Dari segi kapasiti pula, kedua-dua pencetak tersebut mampu menampung kandungan sehingga 80GB untuk memenuhi keperluan produktiviti tinggi.

Bagi iPF820, ia dilengkapi dengan fungsi pembekal kertas berkembar yang membenarkan peng

guna menukar saiz dan jenis kertas yang ingin digunakan secara cepat dan secara tidak langsung dapat meminimumkan proses penukaran kertas.

iPF820 juga mampu menjalankan tugas-tugas pencetakan berkapasiti tinggi seperti kain rentang dan juga bunting.

Antara kelebihan lain pada pencetak-pencetak inkjet ini adalah ia mempunyai fungsi putaran gambar secara automatik.

Ini akan memberi peluang kepada pengguna menentukan sendiri orientasi gambar yang bersesuaian supaya dapat meminimumkan ruang margin pada hasil pencetakan.

Ia turut didatangkan dengan aplikasi Print Plug-In for Word membolehkan pengguna boleh memilih hasil pencetakan berformat tinggi untuk ilustrasi dan dokumen pada Microsoft Word.

Kedua-duanya turut disokong oleh beberapa penyelesaian perisian yang sesuai untuk kepelbagai

an keperluan pencetakan.

Canon imagePROGRAF iPF820 kini boleh didapati daripada pengedar yang sah pada harga RM35,880 manakala iPF810 dengan harga RM23,980.

Sumber: Utusan Malaysia


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: