Keputusan Pertandingan Fotografi Festival Seni Putrajaya

13 03 2009

HOBI merakamkan gambar membawa tuah kepada juruteknik dari Port Dickson, Negeri Sembilan apabila membawa pulang hadiah utama kategori terbuka Pertandingan Fotografi sempena Festival Seni Putrajaya, baru-baru ini.

Yap Kim Hock, 38, kini bekerja di Singapura menerima wang tunai RM2,000 selepas menewaskan 100 penyertaan lain.

“Selain karya bertajuk ‘Mosque’ yang menggunakan Masjid Putra sebagai subjek fotografi muncul juara saya ada menghantar tiga penyertaan lain.

“Apa pun, saya gembira satu daripadanya menang,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Pullman Lakeside Hotel, di Putrajaya, baru-baru ini.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings, Azlan Abdul Karim.

Tempat kedua dan ketiga kategori ini masing-masing dimenangi Dino Ang Lye On dan Yap Wai Leong.

Bagi kategori pelajar, tempat pertama dimenangi Chen Hua Yik, Lim Sen Pei (kedua) dan Khairul Nizam (ketiga).

Sementara itu, Azlan berkata pertandingan menawarkan hadiah keseluruhan RM17,000 itu dapat kesedaran orang ramai keindahan dan keunikan seni bina bangunan serta flora fauna di Putrajaya.

“Pemenang tidak dipilih berdasarkan foto yang cantik semata-mata sebaliknya perlu menepati tema, sudut pandangan dan aspek teknikal yang baik,” katanya.

Pertandingan anjuran Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro itu dilancarkan 15 September tahun lalu.

Maklumat lanjut berkenaan acara seni terbesar di Malaysia ini boleh diperoleh melalui laman web http://www.putrajayaartfest.com.my atau hubungi 03-22745693.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: