Kesan kamera lelaki miang

13 03 2009

KUALA LUMPUR: Amaran buat golongan lelaki miang yang gemar mengintip wanita bogel menggunakan kamera tersembunyi berikutan kini muncul pelbagai alat pengesan canggih yang mampu mengenal pasti lokasi kamera halus itu diletakkan.

Alat pengesan frekuensi kamera pengintip itu mampu dijadikan penyelamat bagi melindungi maruah mangsa daripada dicabul angkara hobi gila segelintir lelaki yang gemar merakam aksi bogel wanita di tempat awam seperti di tandas atau di bilik persalinan pusat beli-belah.

Sehingga kini, kamera pengintip bersaiz sebesar biji kacang itu dikesan disalah gunakan individu tertentu untuk mengintip pergerakan mangsa tanpa disedari sebelum ia dipindahkan dan disalin dalam komputer.

Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kewujudan kamera terbabit disifatkan satu ancaman berikutan ia kerap diletakkan secara sulit dalam tandas, bilik persalinan pakaian, kamar mesyuarat atau pejabat untuk merakam perbuatan `panas’ tanpa disedari mangsa.

Malah, peralatan kamera pengintip ini turut digunakan merakam aksi hubungan seks pasangan dalam bilik hotel seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Perbuatan memasang kamera pengintip ini jelas menceroboh hak peribadi mangsa terutama apabila tujuan rakaman itu lebih ke arah mendapatkan gambar bogel mangsa.

“Apa yang berlaku, kebanyakan mangsa sebelum ini hanya menyedari diintip selepas menemui wayar pelik dalam tandas atau bilik tidur yang menyambungkannya ke lensa kamera halus itu,” katanya.

Beliau berkata, kamera pengintip yang bertujuan menjaga keselamatan premis dan rumah boleh dibeli dengan harga semurah RM100 hingga RM500 bergantung pada kualiti gambar dirakam.

“Sehubungan itu, kebanyakan wanita dinasihati membeli atau memiliki alat pengesan kamera pengintip yang mampu dibeli di pasaran tempatan untuk mengelakkan insiden buruk itu berlaku.

“Alat pengesan pelbagai model dan saiz itu boleh diperoleh dengan harga semurah RM50 hingga RM300 bergantung pada model dan dan saiz. Alat pengesan kamera tersembunyi ini akan bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi dan bergetar sebaik menghampiri lokasi sulit yang diletakkan kamera litar tersembunyi,” katanya.

Difahamkan, alat pengesan gelombang frekuensi berkenaan boleh mengesan kamera tersembunyi itu mencapai jarak sejauh hampir tiga meter.

Menurutnya, satu akta baru perlu digubal bagi melindungi mangsa yang diintip melalui kamera tersembunyi berikutan denda hukuman yang ada kini terlalu kecil dan tidak memadai dengan kesalahan dilakukan.

“Saya difahamkan, kesalahan mengendap atau mengintip mangsa hanya boleh disabitkan mengikut Akta kesalahan Kecil 1955 yang hanya memperuntukkan denda maksimum RM100,” katanya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: