Tukar nama fail imej cara mudah

13 03 2009

Gambar yang diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit akan menggunakan nama fail tersendiri sebagai pengenalan kepada sesuatu imej.

Kebiasaannya imej akan diberi nama mengikut tarikh gambar diambil. Ia mungkin juga dimulakan dengan nama jenama kamera digital yang digunakan.

Apabila terlalu banyak imej yang disimpan di dalam komputer, kadang kala ia menjadi kepayahan kepada kita untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki.

Oleh kerana kemudahan pencarian hanya boleh mencari gambar mengikut nama fail, maka elok nama fail sesuatu imej ditukarkan kepada nama yang mewakili kandungan gambar imej terbabit.

Menamakan semula nama imej mengikut kandungan satu persatu akan mengambil masa dan remeh, namun kita sebenarnya boleh menamakan sekumpulan imej dengan nama yang sama secara serentak dengan lebih mudah.

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

? Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

? Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

? Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan,

kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Maklumat teknologi terkini boleh juga dicapai di http://azli.dapat.com. Semua pertanyaan boleh dialamatkan ke alamat email azli@dapat.com.

Jangan lupa untuk mengikuti ruangan teknologi ini yang juga disiarkan melalui Klasik Nasional FM setiap hari bekerja jam 1:20 pagi, KLFM jam 8 pagi, KedahFM 7:45 pagi, MutiaraFM 8:30 setiap Ahad dan PerlisFM 8:30 pagi setiap hari Rabu.


Tindakan

Information

2 responses

17 03 2009
Bayan

Saya gunakan lap top Mac. Dan mengalami kesukaran melabelkan nama gambar dengan cara yang disebut di atas. Sudah cuba tetapi masih gagal. Ada cara yang boleh dicadangkan untuk pengguna Mac book?

28 03 2009
Khairuddin

Owh.. tau dah.. bukan file image je, sume fail pon boleh ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: