RWB anjur pertandingan fotografi alam semula jadi

22 03 2009

genting

GENTING HIGHLANDS: Resorts World Bhd (RWB) mengalu-alukan orang ramai yang berminat dengan bidang fotografi menyertai Pertandingan Fotografi Genting Goes Green Flora and Fauna 2009 yang diadakan sejak 1 Mac lalu dan berakhir 15 Mei ini.

Pertandingan itu adalah anjuran RWB dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Persatuan Fotografi Malaysia (SPM) bersempena Hari Alam Persekitaran Sedunia bagi memupuk kesedaran di kalangan orang ramai berkenaan kepentingan persekitaran yang sihat.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Azmi Che Mat, berkata pertandingan itu bukan sekadar mengambil gambar tetapi mementingkan serta memanfaatkan keindahan semula jadi yang terdapat di hutan sekitar pusat percutian ini.

“Kita sering berdepan dengan pelbagai bencana alam, antaranya peningkatan suhu bumi dan peningkatan paras air laut yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau.

“Oleh itu, pertandingan ini bukan semata-mata mengambil gambar tetapi lebih kepada menghargai persekitaran yang sedia ada dan bersama-sama memikul tanggungjawab menjaganya bagi kebaikan generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan pertandingan itu di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat RWB, Datuk Anthony Yeo; Ketua Komunikasi MNS, Andrew Sebastian; Pengurus Besar Awana Genting Highlands, Ruddin Salim dan Pengurus Jualan Kebangsaan Fujifilm (M) Sdn Bhd, Kee Seok Kim.

Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori, iaitu terbuka dan pelajar dari umur 13 sehingga 18 tahun.

Hadiah yang ditawarkan pula ialah, tempat pertama kategori terbuka wang tunai RM5,000, percutian menginap di hotel Star Cruises untuk dua orang, kamera digital Fujifilm FinePix serta kad keahlian MNS untuk tempoh setahun.

Sementara itu, hadiah bagi tempat pertama kategori pelajar pula adalah wang tunai RM3,000, pakej percutian keluarga (empat orang) di Awana Kijal, Terengganu, kamera digital Fujifilm FinePix serta kad keahlian MNS, juga untuk tempoh setahun.

Keterangan lanjut hubungi 03-61011118 atau layari http://www.genting.com.my.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: