Zureen’s Cookies – Kini Di Pasaran

17 07 2009

Zureen'sSyarikat kami bermula di dapur rumah pasangan Azam dan Misbah yang mengeluarkan hanya satu jenis biskut (Almond London) lebih 10 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, kami hanya membuat pengeluaran biskut pada bulan puasa dengan menyasarkan untuk jualan dimusim Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Tahun Baru Cina. Kini kami telah beroperasi di premis tetap yang terletak di Beranang, Selangor, dengan bilangan pekerja antara 4 hingga 8 orang bergantung pada keadaan dan permintaan.

Pada tahun ini produk keluaran kami telah bertambah ke 3 jenis iaitu Biskut Almond London, Tart Nenas Gulung dan Biskut Mazolla. Kami juga membekalkan pelbagai jenis kerepek termasuk kerepek pisang tanduk, kerepek ubi pedas, kerepek bawang dan jari udang. Kami juga adalah ejen penjual Kek Lapis Sarawak jenama Dilla’s.

Jika anda berminat untuk membeli produk keluaran kami, sila datang ke kedai jualan kami yang terletak di Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Selangor. Atau jika anda berhasrat untuk menjadi wakil penjual produk kami, sila hubungi kami di jutatrend@yahoo.com atau hubungi Azam di 012-3160355 supaya kami boleh menghantarkan kepada anda senarai harga jualan kami pada harga ejen.

Rebutlah peluang ini untuk memulakan perniagaan sampingan anda untuk mencari wang tambahan tidak kira samada berniaga di rumah, pejabat, pasar malam atau di mana sahaja. Ketahuilah bahawa 9 dari 10 punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Selamat berjaya!

Azam Aziz

http://zureen2u.fotopages.com

Zureen's2

FixHTML