Tentang Zoomer

Zoomer Photography Studio adalah tempat saya berkarya sebagai seorang Jurugambar. Saya adalah seorang Jurugambar Perkahwinan sepenuh masa sejak tahun 2004. Pernah bekerja makan gaji di beberapa syarikat kewangan, yang terakhirnya Mayban Finance sebelum meletak jawatan dan bergiat aktif dalam bidang fotografi. Pernah melanjutkan pelajaran di University of Toledo, Ohio selama 5 tahun. Pulang ke tanahair pada penghujung tahun 80an semasa negara sedang dilanda gawat. Pada awalnya bidang ini bermula sebagai hobi, seterusnya saya mengambil inisiatif mengambil kursus Asas Fotografi selama 5 hari di Ridzwan Photo yang terletak di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pak Wan dan anaknya, Ikhlas. Selepas itu segalanya hanya tinggal sejarah. Kini kamera dan PC adalah dunia saya. Ini adalah blog di mana saya akan mencurahkan sedikit pengetahuan mahupun pengalaman sebagai panduan diri mahupun mereka yang sudi berkongsi.

Untuk melihat sebahagian hasil kerja saya, sila singgah ke Facebook saya di http://www.facebook.com/noor.azam.aziz

Di sana anda boleh menghubungi saya jika berhajat utk mendapatkan khidmat saya.

 

6 responses

10 03 2009
nur adela mohammad

hai…sy tertarik dengan blog nie..lg2 tentang Soraya Yusof Talismail..saya masih lg blajar di shah alam , tingkatan 5 . kebetulan , sy kene menyiapkan folio mengenai kerjaya pilihan…dan kerjaya pilihan saya ialah sebagai jurugambar…
maklumat mengenai latar blakang tokoh( Soraya Yusof Talismail )amat sy perlukan…sy harap zoomer dpt , membantu saya..

skian..

3 02 2011
md akhir

saya berminat dgn. kamera, sudah beli jenis nikon d 90, tapi tak pandai lagi nak gunakan kamera tersebut, cara nak ambil gambar sebelah malam, fokos dln lain, cuma boleh gambar biasa bilehlah. minta zoomer bagi idea sedikit..

4 02 2011
zoomer

minat anda itu memang bagus.. namun memiliki peralatan tanpa memiliki ilmu belum cukup memadai. Untuk menghasilkan gbr yg bagus, anda perlu mencari sedikit pengetahuan ttg fotografi. Antaranya dengan menghadiri kursus2 asas fotogarfi yg banyak diberikan skrg ini. Atau anda juga boleh berkawan dgn fotografer2 yg bagus dan cuba belajar serba sedikit dari mereka, atau anda juga boleh mencari tips dan panduan yg banyak diberikan di internet.. selamat berjaya!

3 05 2011
marissa

hai, saya seorang model . boleh ambil gambar saya?

5 05 2011
zoomer

hai.. sila berhubung dgn saya melaui fb saya – noor.azam.aziz

30 09 2012
Siti mazzura binti md.ithnin

sekarang nie sy bekerja di kg baru,k.l,..umur sy 21 thn,..saya minat ambil gambar,boleh dikata kan dekat mane ada permandagan yang cantik,saya terlalu taksub untuk bergambarnya,.. sekarang nie sy tengah mengumpul duit nak beli camera nikon,.. dan ada hasrat nk melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda fotografi & pengimejan kreatif di uitm,.. tp masalah sy,macam mane sy nk belajar dengan dunia fotografi secara mendalam sebelum sy pergi temuduga masuk ke uitm e2??? ade x,tempat yg menyediakan pembelajaran di hujung minggu sahaja??? teringin sngt nk tahu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: