Kursus Make-Up “Miracle Touch by Escha Marzuki”

26 04 2011

Anjuran : Zoomer Training Centre
Dengan kerjasama : Escha Marzuki
Escha adalah seorang Model dan juga Make-Up Artist yang banyak memberi sumbangan dalam bidang Modelling. http://www.facebook.com/profile.php?id=100000926333303

Tarikh : 22hb Mei 2011 (Ahad)
Waktu : 10 pagi hingga 4 petang
Jumlah Pelajar : 10 orang

Isi kandungan kursus :

Escha akan mengajar teknik make-up asas ke advance, antaranya:
- cara-cara menggunakan krayolan hijau, oren dan foundation
- concealer, losse powder& compact powder
- lukis kening, eyelashes up & down, smokey & soket eyes
- shading hidung, pipi & shading kecilkan muka
- blusher & lipstik

Yang akan disediakan :
- Door gift
- Nota
- Makan Tengahari
- Peralatan utk kegunaan make-up
- Sijil selepas tamat kursus
- Free Wifi
- Kelas berhawa dingin

Sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 untuk mengesahkan tempat anda. Hanya 10 pelajar yang akan diterima.

Yuran dan Pembayaran :
Harga : RM160 per pax
Booking Deposit : RM50 utk memastikan tempat anda.
Baki RM110 perlu dijelaskan 1 minggu sebelum tarikh kelas.

Bayaran boleh dikreditkan ke:
Maybank : 114254061895 (Noor Azam Abdul Aziz)

Pengesahan :
Sila emailkan butiran pembayaran dan butiran diri anda ke zoomerphotostudio@gmail.com

Subjek : Pendaftaran Kursus Make-Up (22 Mei 2011)
Nama :
I/C :
No. Tel:
Jumlah Bayaran :
Bank :
Tarikh :
Email anda :

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 atau Pejabat 03-87240355.

Lokasi kursus :
http://maps.google.com.my/maps/ms?hl=en&ie=UTF8&msa=0&msid=206464845264530476659.00049c98007215ae0b3ed&ll=2.913736%2C101.865513&spn=0.004565%2C0.006899&z=17





Modelling Photography with Manual White Balance by Mohd Noor

26 04 2011

Zoomer Photography Studio akan menganjurkan workshop fotografi bertajuk “Modelling Photography with Manual White Balance” yang akan dikendalikan oleh Mohd Noor, seorang jurugambar professional berpengalaman yang banyak mengendalikan kelas fotografi seumpamanya dan juga melakukan tugasan merakam model, majlis-majlis yang melibatkan artis dan selebriti, konsert dan sebagainya.

Penceramah Utama : Mohd Noor
http://www.facebook.com/pro…file.php?id=1648133303

Tarikh : 8hb Mei 2011 (Ahad)
Waktu : 9 pagi hingga 4.30 petang
Jumlah Pelajar : 10 orang

Isi kandungan kursus :

Anda akan diajar teknik mengambil gambar model yang betul, posing, lighting dan komposisi, setting kamera untuk mendapat warna imej dan skin tone yang menyerlah, setting white balance secara manual yang betul, dan banyak lagi.

Yang akan disediakan :
- Nota
- Minum Pagi (11 am) dan Makan Tengahari
- Model semasa melakukan praktikal
- Sijil selepas tamat kursus
- Free Wifi
- Kelas berhawa dingin

Model jemputan : Escha Marzuki

Sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 untuk mengesahkan tempat anda. Hanya 10 pelajar yang akan diterima.

Yuran dan Pembayaran :
Harga : RM280 seorang (Harga Diskaun)
* Kebiasaan di Lembah Kelang yuran sekitar RM300 hingga RM450
Booking deposit hanya RM50 utk memastikan tempat anda.
Baki RM230 perlu dijelaskan 1 minggu sebelum tarikh kursus.

Bayaran boleh dikreditkan ke:
Maybank : 114254061895 (Noor Azam Abdul Aziz)

Pengesahan :
Sila emailkan butiran pembayaran dan butiran diri anda ke zoomerphotostudio@gmail.com

Subjek : Pendaftaran Modelling Photography with Manual WB
I/C :
No. Tel:
Jumlah Bayaran :
Bank :
Tarikh :
Email anda :

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 atau Pejabat 03-87240355.

Lokasi kursus :
http://maps.google.com.my/maps/ms?hl=en&ie=UTF8&msa=0&msid=206464845264530476659.00049c98007215ae0b3ed&ll=2.913736%2C101.865513&spn=0.004565%2C0.006899&z=17





KURSUS ASAS FOTOGRAFI & DSLR – SIRI 3

22 03 2011

Kursus Asas Fotografi & DSLR – Siri 3

Anjuran : Zoomer Photography Studio

Penceramah Utama : Gafur Majid @ Gap
Seorang Jurugambar Professional yg banyak melakukan tugasan fotografi komersial, korporat, majlis perkahwinan, dan kerap mengajar dalam sabjek fotografi.

Tarikh : 28hb Mei 2011 (Sabtu)
Waktu : 9 pagi hingga 4.30 petang
Jumlah Pelajar : 10 orang

Isi kandungan kursus :

Semua yang anda perlu tahu tentang Asas fotografi termasuk tentang Pengertian Fotografi, Shutter Speed, Aperture, ISO, White Balance, Penggunaan Flash, Komposisi, Mengenali Kamera DSLR anda dan macam-macam lagi.

Yang akan disediakan :
- Nota Asas Fotografi dan DSLR
- Minum Pagi (11 am) dan Makan Tengahari
- Model semasa melakukan praktikal
- Sijil selepas tamat kursus
- Free Wifi – Kelas berhawa dingin

Sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 untuk mengesahkan tempat anda. Hanya 10 pelajar yang akan diterima.

Yuran dan Pembayaran :
Harga : RM180 seorang (Harga Diskaun)
* Kebiasaan di KL yuran sekitar RM250 hingga RM350

Booking deposit hanya RM50 utk memastikan tempat anda.
Baki RM130 perlu dijelaskan 1 minggu sebelum tarikh kursus.
Bayaran boleh dikreditkan ke:
Maybank : 114254061895 (Noor Azam Abdul Aziz)

Pengesahan :
Sila emailkan butiran pembayaran dan butiran diri anda ke zoomerphotostudio@gmail.com

Subjek : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (28 Mei 2011)
Nama :
I/C :
No. Tel:
Jumlah Bayaran :
Bank :
Tarikh :
Email anda :

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Azam Aziz di 012-3160355 atau Pejabat 03-87240355.

Imej2 dari Kursus Asas Fotografi & DSLR Siri 1 boleh dilihat di sini..
http://www.facebook.com/noor.azam.aziz#!/album.php?aid=56813&id=1678495208

Lokasi kursus :
http://maps.google.com.my/maps/ms?hl=en&ie=UTF8&msa=0&msid=206464845264530476659.00049c98007215ae0b3ed&ll=2.913736%2C101.865513&spn=0.004565%2C0.006899&z=17





Pakej Zoomer Photography 2011 – Lengkap, Berkualiti & Berpatutan

20 01 2011

Pakej 1

- Penggambaran utk 1 hingga 3 majlis dlm tempoh 1 hingga 2 hari berturutan

- Cetakan gbr saiz 4R utk 200 keping dgn white border,

- Cetakan saiz 8R utk 5 keping,

- 2 buah sticky album,

- 1 buah UV Storyboard Album dgn 20 m/srt dgn Crystal photo cover,

- 1 keping potret saiz 16R dgn frame kayu,

- 1 buah frame utk saiz 8R,

- Unlimited shots,

- 1 keping DVD utk semua softcopies,

- Sessi outdoor photoshoot selepas majlis.

Pakej 2

- Penggambaran utk 1 hingga 2 majlis dlm tempoh 1 hingga 2 hari berturutan,

- Cetakan gbr saiz 4R utk 150 keping dgn white border,

- Cetakan saiz 8R utk 5 keping,

- 2 buah sticky album,

- 1 buah UV Storyboard Album dgn 20 m/srt dgn Crystal photo cover,

- 1 keping potret saiz 11R.

- 1 buah frame saiz 11R,

- 1 buah frame utk saiz 8R,

- Unlimited shots,

- dan 1 keping DVD utk semua softcopies.

Caj perjalanan akan dikenakan bergantung kepada lokasi majlis.

Utk membuat tempahan, sila bank in kan booking deposit berjumlah RM200 ke akaun saya (akan diberikan kemudian) dan tarikh tersebut akan menjadi milik anda. Cara pembayaran pakej pula ialah 50% pembayaran perlu dibuat 1 minggu sebelum majlis, manakala bakinya perlu dijelaskan semasa penghantaran album.

Utk sebarang pertanyaan tentang pakej kami atau pengesahan tempahan, sila hubungi saya melalui:

1. telefon 012-3160355

2. Email saya di zoomerphotostudio@gmail.com





2010 in review

4 01 2011

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is on fire!.

Crunchy numbers

Featured image

The average container ship can carry about 4,500 containers. This blog was viewed about 16,000 times in 2010. If each view were a shipping container, your blog would have filled about 4 fully loaded ships.

 

In 2010, there were 7 new posts, growing the total archive of this blog to 96 posts. There were 19 pictures uploaded, taking up a total of 8mb. That’s about 2 pictures per month.

The busiest day of the year was March 19th with 250 views. The most popular post that day was Pertunjukan belon udara panas sedunia di Putrajaya.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were facebook.com, ms.wordpress.com, zoomer.fotopages.com, fotowarung.bazuki.com, and search.conduit.com.

Some visitors came searching, mostly for canon eos 1000d, canon 1000d, makanan, soraya yusof talismail, and fotografi.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Pertunjukan belon udara panas sedunia di Putrajaya March 2009
1 comment

2

Jurugambar dasar laut October 2008
2 comments

3

Canon EOS 1000D – RM1,999 August 2008
2 comments

4

Bazuki Muhammad – Interview di Kosmo August 2008
2 comments

5

Tips – Fotografi Makanan (Food Photography) August 2008





Foto elemen kehidupan – Yaman Ibrahim

22 12 2010

Sumber : Kosmo

SUDAH hampir satu jam Yaman Ibrahim, 44, berdiri berhampiran sebuah gerai durian yang terletak di kaki lima berhampiran Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu.

Tangannya yang menggenggam erat kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) jenis Nikon D3 yang disangkut pada leher dirasakan sedikit kebas, kakinya juga tidak terkecuali. Bagaimanapun, lelaki bertubuh rendah dan berbadan sasa ini, masih belum berganjak dari tempatnya.

Yaman sedar ada mata-mata liar yang memerhatikannya. Namun, dia tidak ambil pusing. Perhatiannya masih tertumpu di hadapan gerai peniaga berketurunan Cina itu.

Dia tidak mahu terlepas sebarang aksi dan gelagat pelanggan yang singgah di gerai itu, jika tidak sia-sia dia bergelumang dengan debu dan menghirup asap kenderaan yang lalu-lalang.

Jika beberapa tahun lalu, Yaman tidak bersusah-payah begitu. Selaku pengarah kanan kreatif dan multimedia di sebuah syarikat penerbitan di ibu negara, dia mempunyai unit jurugambar yang boleh diarahkan melakukan tugas itu.

Dia boleh duduk selesa di atas kerusi empuk ruang pejabatnya yang berhawa dingin, cukup bulan terima gaji. Namun, kepuasan yang hilang dalam berkreativiti akhirnya menyebabkan lelaki itu rela melepaskan keselesaan yang dikecapinya. Dia mahu mengejar impiannya menjadi seorang jurufoto.

Mencipta gambar

Lamunannya terhenti secara tiba-tiba. Dua orang pelancong asing yang melintas di hadapan gerai menarik perhatiannya. Tatkala si bapa berjalan tenang, si anak pula kelihatan seperti terseksa menikmati aroma durian yang tajam.

Yaman tersenyum puas, itulah aksi yang ditunggu-tunggu. Reaksi spontan kanak-kanak itu menutup hidung dengan bajunya, memegang perut dan mimik muka loya akhirnya tersimpan rapi dalam memori kamera Yaman.

Biarpun ia dirakamkan kira-kira dua tahun lalu, namun ia sesuatu yang besar bagi Yaman. Gambar yang menceritakan wajah-wajah di Kuala Lumpur itu telah diangkat sebagai pemenang tempat pertama pertandingan fotografi Picture KL 2008.

“Gambar yang baik tidak selalu datang kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan mencipta gambar, agar gambar yang dihasilkan tidak sama seperti orang lain,” katanya berfalsafah.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, biarpun berkebolehan menghasilkan karya yang mencakupi pelbagai tema, namun dia lebih selesa merakamkan fotografi berbentuk dokumentari dan jalanan.

Ujarnya, elemen kehidupan dan kemanusiaan yang sering mendasari kedua-dua tema itu cukup dekat dengan jiwanya dan menarik untuk diterjemahkan melalui lensa kamera. Merakamkan gelagat manusia di jalanan menjadi kegemaran Yaman. Kata Yaman, fotografi di jalanan lebih dekat untuk menggambarkan kehidupan sebenar rakyat Malaysia.

“Saya gemar merakam gambar-gambar yang mempunyai mesej cerita, ekspresi dan emosi kerana ia mampu menghubungkan jiwa-jiwa manusia,” jelasnya yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, kata Yaman, bermain dengan subjek hidup seperti manusia memerlukan seseorang jurugambar memahami pelbagai faktor bagi menonjolkan subjek tersebut.

Tambah Yaman, faktor kedudukan subjek, pencahayaan dan teknik yang betul bagaimana untuk berinteraksi dengan subjek penting bagi memastikan foto yang dirakamkan menarik dan tidak kaku.

“Ia ibarat menghasilkan lukisan di atas kanvas kerana selain memerlukan pengetahuan tentang fotografi, seseorang itu perlu kreatif dan sedikit sebanyak mempunyai jiwa seni,” katanya yang berpengalaman bekerja di dalam bidang penerbitan lebih lapan tahun. Pengalaman tersebut banyak membantunya memahami aspek dimensi dan pengimejan dengan lebih jelas.

Kebetulan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya (UM) ini berdarah seni.

“Dulu saya sering melukis mural di sekolah. Malah, ketika bergelar guru sebelum ini pun saya turut mengajar subjek pendidikan seni,” kata bapa kepada dua cahaya mata iaitu Farahanis, 19 dan Faris, 16.

Menurut Yaman, pembabitannya dalam bidang fotografi bermula kira-kira empat tahun lalu.

Dia mendekati anak-anak buahnya untuk belajar fungsi teknikal kamera DSLR. Internet dan laman-laman rangkaian perkongsian sosial seperti Flikr juga membantunya. Malah, dia juga tidak malu menyertai kelas fotografi.

“Saya berhenti kerja dua tahun lalu dan sejak itu saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Perkenalannya dengan rakan-rakan sealiran seperti Bazuki Muhammad, seorang jurugambar profesional yang terkenal di kalangan pengamal media dan peminat fotografi di negara ini banyak membantunya mendalami bidang tersebut.

Bagaimanapun, perjalanannya penuh ranjau berduri. Bidang itu bukan sahaja menuntut kesabaran yang tinggi malah pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

Pengalaman diherdik oleh sekumpulan wanita ketika Yaman asyik mengambil gambar mereka membeli-belah di sebuah pasar raya, pelanggan yang memperlekehkan karyanya sedikit pun tidak melunturkan semangatnya.

“Itu merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorang jurugambar. Saya positif, tiada istilah kecewa sebaliknya hanya keinginan untuk memperbaiki diri,” kata Yaman.

Melihat karya yang tersimpan di studio miliknya, Neo Edition yang terletak di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur jelas Yaman gemar menjadikan kanak-kanak dan warga emas sebagai subjek utamanya.

Merakamkan gambar kanak-kanak satu kepuasan kerana ekspresi dan emosi yang dipamerkan tulus dan ikhlas. Mereka tidak berpura-pura.

Terbitkan buku

“Begitu juga dengan warga emas, saya suka mendengar pengalaman hidup mereka. Sedikit sebanyak kisah itu saya cuba tonjolkan melalui lensa kamera,” ujarnya sering mendapat galakan isterinya, Rita Aziz, 30.

Sejak itu, Yaman aktif mengembara hampir ke seluruh pelosok negara bagi mendapatkan rakaman terbaik di samping meneroka kepelbagaian masyarakat serta adat dan budayanya.

Kunjungannya di sebuah kedai buku kerana mahu mencari bahan rujukan mengenai fotografi Malaysia membuatkan lelaki itu tersedar daripada lena.

Selama ini, kebanyakan bahan rujukan yang terjual dipasaran dihasilkan dari kaca mata orang luar. Lidahnya kelu melihat nama-nama Inggeris tertera pada senarai nama penulis, jurugambar dan penerbit. Rata-ratanya bukan anak tempatan.

Situasi itu menyemarakkan semangat Yaman untuk menerbitkan buku bertajuk, Malaysia The Walk of Life yang diterbitkan bulan lalu.

Buku yang mengandungi 180 keping gambar koleksi peribadi Yaman yang dikumpulkannya sejak lima tahun lalu itu dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris.

“Saya harap buku ini mampu menceritakan perspektif budaya, adat resam dan masyarakat di negara ini dengan lebih dekat kepada pelancong asing.

“Saya berharap untuk menjelajah ke negara-negara Asia dan bercadang menerbitkan buku yang sama mengenainya,” jelasnya.

Bersempena pelancaran buku terbaru itu, Yaman turut mengadakan pameran fotografi bertajuk, Malaysia The Walk of Life yang akan diadakan bermula 29 Disember 2010 hingga 14 Januari 2011 di Map KL, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Adakah Yaman menyesal meninggalkan dunia seni bina yang boleh memberikan masa depan yang jauh lebih baik daripada menjadi seorang jurugambar?

Jawab Yaman, fotografi adalah kerjaya yang serasi dengan jiwanya dan mampu memberinya kepuasan.

“Saya sering mengingatkan diri, jika orang lain boleh buat, kenapa tidak saya,” ujarnya penuh makna.





Nak Cari Duit Kawin?

22 12 2010

Anda bercinta? Anda berhajat nak kawin? Tapi takde duit? Klik saje http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=zoomer

Berikut adalah pengalaman penulis buku “Maskawin Yang Hilang”, En Mohd Suhaimi a.k.a. Shuth

“Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya. Dahulu, saya juga seperti anda, baru tamat belajar, mempunyai kekasih dan sudah gatal mahu kahwin..Oh!. Sedangkan kerja tetap masih belum ada dan hutang pula keliling pinggang.

Tetapi, alhamdulilah.. berkat ILMU daripada pembacaan serta bergaul dengan orang-orang yang berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan kewangan, saya berjaya mendirikan rumahtangga pada usia 24 tahun. Saya bukanlah dari golongan orang yang “berada” di mana, si ibu dan bapa akan men”sponsor” segala perbelanjaan perkahwinan anak mereka. Bapa saya adalah seorang pekebun kecil dan ibu saya pula hanyalah seorang suri rumah. Oleh itu, jika mahukan apa-apa di dalam hidup ini, saya perlu berusaha sendiri.

Alhamdullilah, selain berjaya melangsungkan perkahwinan di usia yang muda, saya juga telah berjaya melangsaikan hutang pinjaman PTPTN saya yang berjumlah RM23,527.87 dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Semuanya berbekalkan ilmu yang terdapat di dalam buku “Maskahwin Yang Hilang”.

Bukan sekadar itu sahaja, berbekalkan ILMU yang terdapat di dalam buku ini juga, saya berjaya melangsaikan hutang pinjaman kereta saya dalam masa 4 tahun, membeli sebuah apartment , menghasilkan wang berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan dan apa yang lebih penting.. membina sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia tanpa perlu risau mengenai masalah kewangan.”

Pelajari bagaimana beliau menyelesaikan masalah kewangannya.. Klik http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=zoomer

Dengan hanya pelaburan yang minimum.. anda kini sudah ade ruang untuk mengukuhkan kewangan dan menyelesaikan masalah anda..

Klik http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=zoomer





Sebahagian Lagi Hasilkerja Zoomer Photography

19 10 2010

Untuk Tempahan atau Pertanyaan

Sila Hubungi

Azam Aziz 012-3160355

atau Email kami di jutatrend@yahoo.com

Join kami di www.facebook.com/noor.azam.aziz





Jurugambar Perkahwinan Anda – Zoomer Photography

6 10 2010

Email kami di jutatrend@yahoo.com

Hubungi kami di 012-3160355

Join kami di Facebook - www.facebook.com/noor.azam.aziz

Lawati Galeri kami di http://zoomer.fotopages.com

Zoomer Photography – Azam Aziz – 012 3160355 – http://zoomer.fotopages.com – www.facebook.com/noor.azam.aziz – jutatrend@yahoo.com





Sabah in her lens

6 10 2010

SWEDISH photographer Maria Espeus’ black and white expressions of the dramatic Sabah rainforest are scattered throughout GTower.

GTower developer, Goldis Bhd’s executive chairman Tan Lei Cheng had chanced upon some work that Espeus did on the Philippines and commissioned her to produce a collection for the tower.

The result of two months of work is over 3,000 black and white images of mostly misty panoramas of Sabah’s forests and dramatic valleys and close-ups of the luxuriant flora, such as orchids, foliage, and the intricate tangle of root systems.

“When I arrived in Sabah, I didn’t have the slightest idea of how its reality was going to overwhelm me,” recalls Espeus (pic, left) in an e-mail interview.

“I didn’t know much about Malaysia before coming here. All the information I had gathered in preparation for the trip was nothing more than an attempt to grasp something ineffable that I sensed and which resonated inside me.”

From Kota Kinabalu, Espeus travelled to Tambunan and Tenom along with an assistant and a guide (a New Zealnder, strangely enough). The team later returned to Kota Kinabalu to continue on to the Kinabalu mountains, Poring Hot Springs, Kundasang, Sandakan, Danau Girang and finally the Danum Valley, famed for its rich biodiversity.

“I was fascinated by the variety of flora, especially the orchids,” says Espeus, explaining why many of her pictures highlight the delicate beauty of these blooms.

“My objective at first was to make an inventory of the plant life in Sabah, but that is a task beyond my scope, I realised. So I tried to sum up the spirit and the magic of that nature by using one part, perhaps a flower, a leaf or a root, to represent the whole.

A lovely study of a wild orchid

“My fascination with and amazement at my surroundings made me forget any adaptation problems,” she says when asked how she coped with the sweltering heat and humidity of Sabah’s forests.

“Photography is my way of expressing my emotions. However, I am not trying to capture anecdotes or freeze time. I don’t want to reproduce reality nor do I aspire to be objective. I am more attracted to the possibility of transmuting that reality into another subjective reality, one that is more typical of poetic language.”

Espeus began her professional career in Sweden but soon began working internationally, publishing works in prestigious titles such as The New York Times, Vogue, La Vanguardia and Time magazine. She has also directed documentaries, advertisements and films, and won a Silver Lion in Cannes 2002 for the film Origenes: Ano Internacional Gaudi.

She has photographed many fashion spreads and celebrities, among them, Lord Andrew Lloyd Webber, Placido Domingo, Ryuichi Sakamoto, Antonio Banderas, Juan Antonio Samaranch and Montserrat Caballe.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.