Tentang Bustamam Mokhtar of White Studio

30 08 2008
Fotografi oleh Bustamam Mokhtar - White Studio

Fotografi oleh Bustamam Mokhtar - White Studio

MENGAMBIL gambar mungkin kerja mudah, tetapi menghasilkan gambar yang mampu berbicara atau memberikan impak sehingga dikagumi ramai bukanlah semudah seperti memetik jari. Namun, Bustamam Mokhtar, 38, sudah pun membuktikan setiap gambar yang dirakam di lensa kameranya mempunyai magis tersendiri.

Berpengalaman 13 tahun dalam bidang fotografi dan melalui kerja fesyen yang ditonjolkan, Bustamam boleh dikatakan antara jurugambar yang berjaya membina standard baru bagi majalah fesyen di Malaysia. Tiga daripada kulit sebuah majalah fesyen tempatan yang dihasilkannya berjaya memenangi anugerah emas dan perak bagi Magazine Publishers Association of Malaysia Awards.

Wajah terkenal yang pernah menjadi rakaman lensa Bustamam pula termasuklah, peragawati antarabangsa, Lin Tan; artis antarabangsa Michele Yeoh dan Anita Sarawak serta penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Kepada yang masih belum mengenali Bustamam, beliau merupakan seorang jurugambar profesional yang mengkhusus dalam bidang fotografi fesyen. Banyak menimba ilmu di Jepun dalam bidang fotografi dan setelah itu berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan kini memiliki perniagaan fotografi miliknya sendiri.

Bustamam merupakan seorang jurugambar yang disegani dalam industri fesyen, penerbitan majalah dan pengiklanan di Malaysia. Studio fotografi White Studio milik beliau adalah merupkan diantara yang tercanggih dan terbesar di Malaysia!


Tindakan

Information

One response

24 11 2011
Meor Muazhiim

bustamam did a great job in GLAM magazine. i just to know. berapa price yg dia charge utk sekali shoot?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: